Sultan Mizan International Photography Awards 2025 (SMIPA’25) Sesi Jalanan Bergambar – Kuala Terengganu (Okt 17 – Okt 18, 2025)

Alangkah seronoknya hujung minggu di Kuala Terengganu! Dua hari menerokai Pasar Payang dan Setiu Wetlands yang mendamaikan melalui sesi jalan-jalan bergambar disertai pelajar, pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan sukarelawan.

Kami berbesar hati dengan kemunculan Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Terengganu, yang kehadirannya membawa kemesraan dan keterujaan kepada semua orang. Tuanku serta-merta menaikkan mood, dan melihat baginda merakam detik-detik sendiri dengan kanta Nikon Z f dan NIKKOR Z mencipta momen yang amat istimewa.

Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu kerana menjayakan kerjasama ini dan Eric Goh (@gohdiving) kerana mengetuai lawatan bersama Tuanku sepanjang sesi.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada YM Dato’ Tengku Mohd Arifin bin Tengku A. Rahman, Pengarah Taman-Taman Negeri Terengganu, serta kakitangan dan pengurusan Persatuan Penjaja Cawangan KTRG atas sokongan hangat mereka.

#TourismTerengganu #BeautifulTerengganu #BeautifulTerengganuMalaysia #MalaysiaTrulyAsia #Smipa2025 #Futuromic