2 Days 2 Photo Walks: Endless Perspectives – Kota Belud, Sabah (14 – 15 November 2026)

Aktiviti fotografi kami di Sabah tidak berakhir begitu sahaja!

Kami meneruskan semangat fotografi dengan bekerjasama bersama KB Camera untuk 2 Days 2 Photo Walks: Endless Perspectives di Kota Belud.

Sebahagian daripada keseronokan aktiviti ini adalah peluang untuk bertemu dengan individu yang berkongsi minat yang sama. Dengan peralatan Nikon, Tamron dan GR yang turut disediakan untuk dicuba, kami berharap para peserta menikmati setiap detik sepanjang aktiviti ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada KB Camera atas kerjasama ini, serta semua yang meluangkan masa untuk menyertai kami. Kami amat gembira dapat meluangkan masa bersama anda semua sepanjang dua hari ini!