Penggambaran Perkahwinan Jalanan – Pasar Seni (13 Julai 2025)

13 Julai 2025, terasa berbeza di sekitar Pasar Seni di mana gelak tawa peserta membawa percikan tulen ke jalanan semasa sesi pemotretan bertemakan perkahwinan dan kegembiraan sesama para peserta yang hadir.

Peserta dari semua peringkat pengalaman muncul mengubah gambaran biasa dan memberi idea baru dan eksperimentasi menggunakan cahaya dan pergerakan.

Detik istimewa hari itu datang daripada #NikonCreator Azyan @azyn_ yang terus terlibat bersama para hadirin. Azyan menawarkan petua masa nyata dan memastikan serta mendorong semua peserta dengan nasihat yang cukup baik sepanjang masa acara kami.

Kami amat berterima kasih kepada semua orang yang menyertai kami dan berharap ilmuj yang diperolehi kekal berguna untuk aktiviti kreatif anda yang seterusnya.